FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
Universiti Malaysia Kelantan

PELUANG SEBAGAI PEMBANTU PENGAJAR SISWAZAH - PENGUMUMAN


Iklan Peluang Sebagai Pembantu Pengajar Siswazah (Graduat Teaching Assistant Opportunity)¿

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempelawa warganegara Malaysia dan juga antarabangsa yang berkelayakan untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Pengajar Siswazah (Graduate Teaching Assistant).

Calon yang berminat hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antaranya ialah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains dengan (PNGK) melebihi 3.00.

 Selain itu, pemohon juga mestilah merupakan pelajar pascasiswazah yang aktif dan berdaftar dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bagi tujuan permohonan, calon dikehendaki mengemukakan resume (CV) serta salinan sijil akademik sebagai dokumen sokongan.

Tempoh perkhidmatan bagi jawatan ini adalah selama tiga (3) bulan, iaitu bermula 1 April hingga 30 Jun 2026. 
Sepanjang tempoh tersebut, pembantu pengajar akan membantu dalam mengendalikan kelas amali selama enam (6) jam seminggu.

Permohonan hendaklah dihantar melalui emel kepada hafizie.ar@umk.edu.my sebelum 28 Mac 2026 (Sabtu). Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian 014-831 2604.