FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
Universiti Malaysia Kelantan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Bahan Industri dengan Kepujian


Bahan merupakan asas kepada setiap teknologi moden, daripada semikonduktor dan bateri hinggalah kepada peranti bioperubatan dan pembinaan mampan. Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Bahan Indsutri dengan Kepujian dirangka untuk melahirkan graduan yang berupaya mereka bentuk, memproses, mencirikan, menguji serta meningkatkan skala aplikasi bahan bagi menyokong industri strategik di Malaysia dan ASEAN. Selaras dengan perubahan daripada pendekatan “Sains Gunaan” kepada program berorientasikan teknologi dan industri, penekanan diberikan kepada usaha menukar sumber asli kepada bahan bernilai tinggi serta proses yang boleh dipercayai untuk memenuhi tuntutan pengilangan, prestasi, dan kelestarian.

Pelajar akan menguasai asas yang kukuh dalam bidang logam, seramik, polimer, dan komposit, di samping mendalami kepakaran melalui kursus seperti kejuruteraan salutan dan permukaan, teknologi penyambungan dan kimpalan, pencirian bahan, kawalan kualiti, nanoteknologi, serta bahan termaju. Kurikulum turut mengintegrasikan kemahiran semasa termasuk pembuatan digital, informatik bahan, pemikiran kitar hayat lestari, serta keusahawanan teknologi bagi memastikan graduan sentiasa kompetitif dalam era Revolusi Industri 4.0 dan 5.0.

Pendekatan pengajaran menekankan aplikasi praktikal dan penyelesaian masalah. Projek makmal, kajian kes berkaitan industri, serta pengalaman capstone memberi peluang kepada pelajar untuk berdepan dengan cabaran sebenar seperti kos, kebolehpercayaan, piawaian, dan pematuhan. Latihan industri pula memperkukuh kemahiran teknikal dan insaniah sambil membuka pendedahan kepada sektor utama seperti elektronik, automotif, aeroangkasa, petrokimia, tenaga dan penyimpanan, peranti perubatan, serta pembuatan termaju.

Graduan program ini akan dilengkapi sebagai teknologis bahan yang serba boleh dengan keupayaan memilih dan mereka bentuk bahan, mengoptimumkan struktur mikro dan permukaannya, menjamin kualiti pada skala besar, serta mengesahkan prestasi dalam pelbagai industri. Prospek kerjaya merangkumi jurutera proses dan pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan, analisis kegagalan, kawalan kualiti dan kebolehpercayaan, perundingan teknikal, serta peluang melanjutkan pengajian pascasiswazah atau menceburi bidang keusahawanan berasaskan teknologi bahan.


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya
  • Teknologis Bahan (Logam, Seramik, Polimer, Komposit)

  • Jurutera Pembuatan Termaju (Pencetakan 3D, Salutan, Kejuruteraan Permukaan)

  • Pakar Pencirian dan Ujian Bahan

  • Jurutera Jaminan Kualiti dan Kebolehpercayaan

  • Jurutera Analisis Kegagalan / Forensik Bahan

  • Pakar Teknologi Penyambungan dan Kimpalan

  • Jurutera Kakisan dan Degradasi Bahan

  • Saintis Nanobahan dan Bahan Fungsian

  • Jurutera Tenaga dan Bahan Penyimpanan (Bateri, Hidrogen, Fotovolta)

  • Teknologis Biobahan dan Peranti Perubatan

  • Perunding Bahan Lestari dan Kitar Semula (Pengeluaran Hijau, Analisis Kitar Hayat)

  • Penganalisis Pembuatan Digital dan Informatik Bahan

  • Pegawai Penyelidik dan Pembangunan (Industri atau Kerajaan)

  • Jurutera Jualan Teknikal dan Aplikasi (Bahan dan Peralatan)

  • Pakar Pembangunan Produk (Automotif, Aeroangkasa, Elektronik, Tenaga, Pembinaan)

  • Usahawan Produk dan Teknologi Berasaskan Bahan

Yuran Pengajian
Yuran Program Prasiswazah
Yuran Pengajian Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
Curriculum Structure

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
4