FACULTY OF BIOENGINEERING AND TECHNOLOGY
Universiti Malaysia Kelantan

Majlis High Tea FBKT 2025


Majlis Hi-Tea Graduan, Alumni dan Staf Fakulti BioKejuruteraan dan Teknologi (FBKT) 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Mei 2025 bertempat di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota. Program ini dianjurkan khusus bagi meraikan para graduan FBKT ambilan 2020 yang telah menamatkan pengajian mereka dan akan bergraduat pada majlis konvokesyen UMK pada 7hb Mei 2025, di samping menghimpunkan barisan pensyarah, staf pentadbiran serta alumni dalam suasana santai namun penuh bermakna. Bertemakan Kasual Denim, majlis ini bukan sahaja menjadi simbol penghargaan dan perpisahan, malah turut menjadi wadah memperkukuh hubungan silaturrahim antara warga fakulti dan pelajar dalam suasana harmoni dan penuh emosi.
Date: 06-May-2025