FACULTY OF BIOENGINEERING AND TECHNOLOGY
Universiti Malaysia Kelantan

Pembentangan Lisan Kertas Cadangan Penyelidikan Projek Penyelidikan Tahun Akhir I


Pada 14, 15, 16 dan 19 Mei 2024 telah dilaksanakan pembentangan lisan kertas cadangan penyelidikan projek penyelidikan tahun akhir I bagi pelajar tahun 3 program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan), (Teknologi Bahan) dan (Teknologi Bioindustri) anjuran jawatankuasa projek penyelidikan tahun akhir, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi bermula pada jam 9 pagi. Pembentangan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dengan pengalaman mempertahankan cadangan penyelidikan dan mendapatkan maklumbalas daripada penilai yang terdiri daripada pensyarah program masing-masing. Diharapkan para pelajar lebih jelas dengan kajian yang akan dilaksanakan dan dapat menambahbaik cadangan penyelidikan masing-masing hasil komen dan cadangan yang telah diberikan. Bagi pelaksanaan kursus Projek Penyelidikan Akhir I, para pelajar dikehendaki berbincang dengan penyelia berkenaan tajuk penyelidikan pilihan mereka. Dengan demikian, pelajar diwajibkan menyediakan cadangan penyelidikan dan pembentangan dalam kursus Projek Tahun Akhir I. Cadangan penyelidikan ini memberi penekanan kepada tajuk dan kepentingan kajian, objektif, kaedah penyelidikan serta pelan cadangan. Manakala pada semester berikutnya para pelajar diperlukan untuk menjalankan penyelidikan mengikut pelan cadangan yang telah dipersetujui dan perlu dihantar kepada pihak fakulti di akhir semester untuk tujuan pemeriksaan. Pembentangan lisan selesai dengan jayanya pada jam 5 petang.
Date: 04-May-2024