Perjumpaan Dekan bersama MPP dan Kelab Pelajar FBKT
Perjumpaan Dekan Fakulti Biokejuruteraan & Teknologi, Prof Madya Ts. Dr. Sarizam bin Mamat bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar FBKT dan barisan kepimpinan kelab pelajar iaitu CARgre, InnoBiotech, Matech, EnerTech, dan Jadeite telah diadakan pada 21 April 2025, jam 4.30 petang. CARgre, InnoBiotech, dan Matech merupakan kelab pelajar bagi program Teknologi Sumber Hutan, Teknologi Bioindustri, dan Teknologi Bahan masing-masing. Sementara itu, dua kelab yang masih dalam proses penubuhan iaitu EnerTech dan Jadeite, masing-masing mewakili program Teknologi Tenaga dan Teknologi Mineral. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk Dekan bertanya khabar dan menyampaikan amanat serta nasihat kepada barisan kepimpinan pelajar. Dalam perjumpaan tersebut, Ybrs. Dekan mengingatkan pelajar tentang kepentingan pengurusan yang cekap dalam setiap program yang dijalankan.
Dr Rosmawani Binti Mohammad
