Startup from FBKT Advances to E-Move 2025 Finals with Piezoelectric Innovation for EVs
Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan mengucapkan selamat maju jaya kepada startup pelajar FBKT daripada Program Teknologi Bahan UMK dengan inovasi Piezoelectric Tire Energy Harvester for Electric Vehicles (EVs) yang telah terpilih mewakili UMK sebagai finalis Program Pertandingan Usahawan Inovasi Teknousahawanan Electric Mobile Vehicle (E-Move) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Program yang bertemakan “Meneroka Inovasi Hijau: Menjanakan Masa Depan Mobiliti Mampan” ini memberi tumpuan kepada penyelesaian dalam bidang pengangkutan elektrik lestari dan akan berlangsung pada 23 hingga 25 Julai 2025 (Rabu hingga Jumaat) bertempat di UTHM, Kampus Parit Raja, Johor.
Selamat berjaya buat semua pelajar dan mentor!
#fbktohsem
#emove
#OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity
#UMK4u1hati1jiwa
