Kolaborasi FBKT dan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Pada 21 Mei 2024, UMK telah menerima kunjungan hormat dari delegasi Suruhanjaya Tenaga (ST) yang diketuai oleh YBrs. En Ahmad Rafdi Endut dan Dr. Azlina Mohd Jais. Perbincangan dua hala antara ST dan UMK, khususnya di bawah program Teknologi Tenaga FBKT, telah membuka peluang kerjasama penyelidikan di bawah program KURSI Ekonomi Tenaga. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Prof Ts. Dr Arham bin Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), dengan UMK mencadangkan untuk membangunkan Nett Zero Research Centre selaras dengan inisiatif peralihan tenaga dan komitmen dalam mencapai pelepasan karbon Sifar Bersih menjelang 2050. Di samping itu, satu kursus elektif bebas iaitu kursus JTE23803 Literasi Tenaga menerusi program Malaysia Energy Literacy Program (MELP) telah ditawarkan kepada pelajar FBKT dan akan ditawarkan kepada semua fakulti di UMK pada masa akan datang. Kursus ini sangat penting sebagai usaha berterusan ST dalam mengetengahkan kesedaran berhubung literasi tenaga. ST telah terlibat dalam membangunkan kandungan modul keselamatan elektrik serta kecekapan tenaga.

#fbkt #fbktno1 #fbktohsem