Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Komuniti Jeli Anjuran Bersama Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Telkom
Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan dan Jabatan Kejuruteraan Fizik (JFK), Universiti Telkom, Indonesia telah bergabung untuk menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Komuniti Jeli pada 20 - 21 Ogos 2024.
Program 2 hari ini agak padat. Program pertama pada 20 Ogos 2024 bermula dengan Kursus Penanaman Hidroponik di Kampung Renyuk. Kursus ini juga anjuran bersama Majlis Daerah Jeli selaku rakan strategik FBKT.
Majoriti penyertaan daripada kaum wanita. Peserta diberikan kit yang disediakan oleh pensyarah JFK dan cara penanaman dari persediaan awal sehingga tanaman boeh dituai. Pak Abrar dalam ucapan penutup merasa sangat gembira dengan kesungguhan dan komitmen para peserta untuk belajar.
Maklumbalas daripada peserta kursus hidroponik sangat memberangsangkan. Banyak ilmu baru dipelajari tentang penggunaan teknologi dalam penanaman hidroponik.
Pada sebelah petang diadakan sesi perkongsian hibrid oleh Dr Asep Suhendi di BK5, UMK Jeli dan Zoom melibatkan pensyarah, pelajar UMK dan Tel-U berkaitan IOT. Seterusnya sesi perbincangan lanjut kolaborasi di antara FBKT dan JFK termasuk dual degree, joint supervision, mobiliti dan lain - lain.
Program pada 21 Ogos melibatkan Bengkel Eksplorasi Robotik di Sekolah Kebangsaan Gemang (SK Gemang) melibatkan murid tahun 5 dan 6 seramai 40 orang. Murid - murid diajar asas pemasangan robocar arduino dan penggunaan sensor. Tekun sekali murid - murid memasang kit robotik yang dibekalkan.
Pihak FBKT, UMK merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar SK Gemang, Muhamad Shukri B. Hassan dan guru - guru yang menjayakan bengkel ini. Tidak dilupakan Pegawai TVET PPD Jeli, Pn Nur Asyikin Mat Jusoh di atas kerjasama yang sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan bengkel ini.
Alhamdulillah, program dirancang telah dapat direalisasikan dengan lancar dan berjaya. Penghargaan buat Pak Abrar, Pak Asep, Pak Yoda, Pak Ramdlan dan Ibu Wulan serta Tel-U di atas kedatangan dan perkongsian ilmu bersama komuniti Jeli.
Nor Hakimin Abdullah