Bengkel Pemurnian Proposal FRGS 2025

Bengkel Pemurnian Geran FRGS 2025 telah dianjurkan oleh Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkasakan pemahaman dan penyediaan geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) di kalangan pensyarah dan penyelidik.

Bengkel ini menampilkan penceramah jemputan, iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohamed Isa Abdul Majid selaku Ketua Domain Sains Teknologi Gunaan, KPT. Bengkel ini meliputi penerangan terkini berkaitan garis panduan FRGS, sesi interaktif untuk menjawab soalan peserta, dan aktiviti pemurnian draf proposal penyelidikan.

Peserta bengkel, terdiri daripada staf akademik dan penyelidik FBKT, menerima maklum balas yang membina daripada penceramah untuk memperbaiki proposal masing-masing. Program ini berjaya meningkatkan pemahaman peserta tentang kriteria FRGS, seterusnya diharapkan dapat meningkatkan kadar kejayaan permohonan geran penyelidikan di UMK.

Pihak fakulti merakamkan penghargaan kepada Prof. Dato’ Dr. Mohamed Isa Abdul Majid di atas ilmu yang diberikan dan semua peserta yang telah memberikan kerjasama penuh, menjadikan bengkel ini satu kejayaan besar dalam usaha memperkukuhkan penyelidikan di FBKT dan UMK secara keseluruhan.

Prof Madya ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah