Lawatan Muhibah ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, Kelantan

Lawatan ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pasir Mas pada 12 Mac 2025 diketuai oleh Dekan, PM Ts. Dr. Sarizam Bin Mamat diiringi Timbalan Dekan Penyelidikan, Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Chm. Ts. Dr. Nor Hakimin Bin Abdullah. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan di antara pihak FBKT dan KKTM.

KKTM Pasir Mas dibina pada tahun 1998 dan mula beroperasi pada Januari 2000 dengan nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas). Nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas) ditukar kepada Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) pada tahun 2004 dan institusi ini merupakan IKM pertama yang menawarkan jurusan di peringkat Diploma Teknologi yang mana bersesuaian bagi para pelajar KKTM untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi di FBKT.

Dr. Mohd Ezwan bin Selamat