FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
Universiti Malaysia Kelantan

PIAGAM PELANGGAN


Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dengan tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak pelanggannya secara profesional, cekap dan mesra dalam perkara berikut:

1. Membantu Bahagian Pentadbiran Akademik (BPA) dalam memastikan Buku Panduan Akademik FBKT dan Kalendar Akademik akan diedarkan pada minggu pertama (1) kemasukan pelajar baharu bagi kemasukan Semester September dan Semester Februari untuk setiap sesi akademik.

2. Membantu Bahagian Pentadbiran Akademik dalam memastikan pelajarmembuat pra pendaftaran kursus (Wajib) secara atas talian pada minggu ke-14 semester sebelumnya; manakala Pendaftaran Wajib dibuat lima (5) hari bekerja yang pertama pada minggu sebelum tarikh permulaan semester dan perlu mendapatkan pengesahan Penasihat Akademik secara atas talian atau bercetak serta menyelesaikan pendaftaran borang manual bagi kes pertindihan jadual dan pendafataran berdenda pada minggu ke-16.

3. Memastikan pelajar memohon rayuan penangguhan pembayaran yuran tertunggak dalam tempoh minggu ke-14 hingga minggu ke-18 semester semasa bagi membolehkan pelajar didaftarkan kursus semester berikutnya secara manual di dalam Sistem IMS.

4. Membantu Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA) dalam memastikan bahan pengajaran boleh diakses dalam sistem E-Learning selewat-lewatnya pada minggu kedua (2) pengkuliahan.

5. Memastikan markah kerja kursus dipaparkan untuk semakan pelajar di dalam Sistem Ecomm UMK sebelum minggu cuti ulangkaji.

6. Memastikan aduan pelanggan akan diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

7. Memastikan perkhidmatan kaunter untuk sebarang pertanyaan dilayan dalam jangka masa lima (5) minit.

8. Memastikan sebarang permohonan kelulusan bagi menjalankan aktiviti diberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

9. Memastikan peralatan dan perkakasan untuk makmal/bengkel sedia digunakan sebelum kuliah bermula.

10. Memastikan Senarai Dekan dipaparkan dua (2) minggu selepas kelulusan Mesyuarat Senat.