FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
Universiti Malaysia Kelantan

Visi


Menjadi sebuah fakulti yang releven, dihormati dan dirujuk dalam menghasilkan insan holistik, berkemahiran teknologi dan bercirikan keusahawanan yang mendokong perindustrian negara dan kesejahteraan global.

Misi


Kami menyediakan program akademik berkualiti, penyelidikan dan inovasi bernilai komersial tinggi, khidmat masyarakat dan industri yang releven berteraskan teknologi yang berasaskan sumber asli dan alam.

Objektif


  • Sumber Manusia

Menyediakan tenaga kerja dan pakar yang berintegriti, berkemahiran teknologi, profesional, berkualiti yang dirujuk oleh masyarakat.

  • Akademik Dan Antarabangsa

Menyediakan program pengajian berkualiti dan releven bagi melahirkan graduan holistik berkemahiran tinggi dan bercirikan keusahawanan.

  • Penyelidikan Dan Inovasi

Meneroka sumber asli dan alam dalam menghasilkan produk penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi kepada masyarakat melalui libat sama universiti, kerajaan, industri dan komuniti.

  • Keusahawanan Dan Sosio-Ekonomi

Menerapkan budaya keusahawanan berteraskan teknologi yang mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, persekitaran dan industri.

  • Penjenamaan Untuk Penjajaran Strategik

Mencipta imej dan identiti tersendiri yang menggambarkan fakulti yang releven, dihormati dan dirujuk.

 

Objektif Kualiti

 

  1. Memastikan program pengajian akademik disemak semula sekurang-kurangnya 5 tahun sekali.
  2. Memastikan 80% staf mendapat markah LNPT sekurang-kurangnya 85%.
  3. Memastikan 75% daripada pensyarah berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  4. Memastikan 90% graduan mendapat pekerjaan setelah 6 bulan bergraduat.
  5. Memastikan 68% pensyarah sebagai penyelidik utama dalam geran penyelidikan
  6. Memastikan skor penilaian pengajaran kursus oleh pelajar sekurang-kurangnya mencapai skala 4.0 untuk semua kategori penilaian (kursus, pensyarah, fasiliti, e-pembelajaran dan ketelusan menjawab).