Program Teknologi Sumber Hutan (SEH) Saya telah mendapat tawaran pekerjaan ini sebelum saya menghadiri konvo. Pengetahuan dan kemahiran yang saya perolehi dari program Teknologi Sumber Hutan terutamanya dalam reka bentuk membantu saya membangunkan kerjaya saya.
Program Teknologi Sumber Hutan (SEH) Ilmu dan kemihiran insaniah yang saya perolehi dari program Teknologi Sumber Hutan membantu saya dapat tawaran perkerjaan ini sebelum saya tamat latihan industri di syarikat ini.
Program Teknologi Sumber Hutan (SEH) Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan dengan pembuatan pulpa dan kertas membolehkan saya menangani tugas dan cabaran dalam sektor pengeluaran produk
Belajar di umk sangat menarik dan mempunyai pensyarah yang bersungguh untuk memberi ilmu kepada pelajar
Sepanjang pengajian saya di UMK, saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang mempelajari pelbagai ilmu baharu, terutamanya dalam bidang sains. UMK bukan sahaja membuka minda saya terhadap konsep-konsep saintifik yang mendalam, malah turut mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pensyarah yang berdedikasi, suasana pembelajaran yang kondusif, serta peluang menjalankan kajian dan projek sebenar menjadikan pengalaman saya di FBKT sesuatu yang amat bermakna. Saya yakin segala ilmu dan pengalaman yang saya peroleh di sini akan menjadi asas yang kukuh untuk masa depan saya.
Belajar di FBKT UMK adalah antara pengalaman terbaik dalam hidup saya. Saya mendapat ilmu, kawan-kawan hebat, dan bimbingan pensyarah yang sangat berdedikasi. Terima kasih UMK kerana membentuk saya menjadi individu yang lebih bersedia untuk masa depan.
Belajar di UMK merupakan pengalaman yang sangat bermakna bagi saya. Saya suka suasana kampus yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi. Pensyarah semua sangat membantu dan selalu bagi semangat. Di sini juga saya dapat ramai kawan dari pelbagai negeri dan latar belakang. Setiap hari rasa bersemangat nak belajar dan teroka benda baru.
Pengalaman saya setakat ini belajar di UMK jeli sangat positif. Suasana di kampusnya kondusif untuk para pelajar menimba ilmu pengetahuan dan pensyarah-pensyarah di UMK juga sangat membantu para pelajar untuk belajar. Oleh itu, saya rasa saya telah berkembang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga sebagai individu yang lebih berguna kepada masyarakat disekeliling. Akhir kata, saya bangga dapat menjadi pelajar UMK.
Pengalaman saya semasa di universiti benar-benar berbeza. Falisiti yang lengkap dan moden. Masuk universiti bukan untuk bersahaja namun ilmu pengetahuan yang lebih penting untuk dicari. Bukan untuk mengejar A, namun untuk menjawab persoalan yang tidak biasa didapatkan sebelum ini. Ketiadaan ilmu ibarat "tin kosong". Saya bersyukur kerana pensyarah yang sepertinya tidak mengenal erti lelah malah membimbing saya dari satu titik ke satu titik yang lain. Projek atau program yang dianjurkan menarik minat saya untuk belajar sesuatu, justeru membakar semangat saya untuk terus belajar. Saya bersyukur menjadi sebahagian daripada komuniti universiti ini.
Belajar di UMK adalah satu pengalaman yang sangat bermakna. Saya dapat belajar dalam suasana yang selesa dengan pensyarah yang sangat membantu. Selain itu, saya juga dapat kenal ramai kawan baru dan sertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. UMK bukan sahaja beri ilmu tapi juga mengajar saya jadi lebih berani dan berdikari.
Pengalaman saya belajar di Fakulti Biokejuteraan dan Teknologi (FBKT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah satu pengalaman yang sangat bermakna dan banyak membentuk diri saya hari ini. Saya mengambil kursus Teknologi Sumber Hutan, satu bidang yang membuka mata saya tentang betapa pentingnya pemeliharaan sumber hutan serta bagaimana teknologi dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan produk seperti ubat-ubatan, kertas, perabot dan juga yang melibatkan pelbagai industri. Sepanjang pengajian, saya berpeluang menjalankan kerja-kerja makmal yang menarik dan mempelajari pelbagai teknik berkaitan tumbuhan hutan. Persekitaran kampus yang dekat dengan alam semula jadi sangat menenangkan dan membantu saya lebih fokus dalam pelajaran. Pensyarah-pensyarah di FBKT juga sangat baik, berpengetahuan dan sentiasa bersedia membimbing pelajar.
Saya tiada masalah belajar di UMK. Pensyarah juga baik dan sudi menolong pelajar yang ada masalah dalam pembelajaran.
Belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan salah satu fasa paling bermakna dalam hidup saya. Sepanjang tempoh pengajian, saya dikelilingi oleh rakan-rakan yang positif, menyokong, dan sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang. Mereka bukan sahaja rakan sekelas, malah menjadi keluarga kedua saya. Pensyarah-pensyarah di UMK pula sangat berdedikasi dan mesra pelajar. Mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu dengan penuh kesungguhan, malah sering memberi dorongan dan motivasi agar kami terus berusaha mencapai kejayaan. Suasana pembelajaran yang kondusif dan persekitaran kampus yang selesa turut menjadikan pengalaman saya lebih istimewa. Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba ilmu di UMK. Ia bukan sahaja membentuk saya dari segi akademik, tetapi juga dari segi peribadi dan sosial. Pengalaman ini akan saya kenang sepanjang hayat. Kalau nak ubah ikut bidang atau tahun pengajian pun boleh, ya!
Menuntut ilmu di UMK Kampus Jeli membuka pintu pengalaman luar biasa yang membentuk jati diri dan mencetus inspirasi untuk masa depan. Selain itu, suasana kampus yang tenang dan dikelilingi alam semula jadi menjadikan proses pembelajaran lebih fokus dan bermakna.
Program Sains dan Teknologi Sumber Hutan SEH, di UMK banyak membuka peluang untuk saya mendalami ilmu berkaitan pengurusan hutan, biodiversiti dan teknologi terkini. Pengalaman pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam kelas, malah turut melibatkan aktiviti lapangan dan latihan industri yang sangat berharga. Pensyarah FBKT sangat berdedikasi dan sentiasa memberi bimbingan sepanjang pengajian. Saya bersyukur dapat menimba ilmu di UMK yang bukan hanya memberi pengetahuan, tetapi juga membentuk sahsiah dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar
Belajar di UMK Jeli memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada saya kerana banyak mendapat pengalam baru seperti masuk hutan, mendaki bukit dan mengenal species tumbuh-tumbuhan dan kayu. #takpernahtakkenapacat
Di UMK, saya tidak hanya menimba ilmu, tetapi menyulam impian dalam taman hikmah yang subur dengan budi; setiap detik sebagai pelajar yang kini hampir menamatkan pengajian adalah helaian kisah perjuangan yang sarat dengan ilmu, pengalaman, dan pengorbanan. Pengalaman manis bersama rakan seperjuangan, bimbingan pensyarah yang penuh iltizam, serta pelbagai kenangan indah di bumi kampus menjadi lukisan terindah dalam diari kehidupan saya. Di sinilah cahaya cita-cita mula menyala, jati diri mula ditempa, dan saya dibentuk menjadi insan berprinsip, berdaya saing, serta bersedia melangkah gagah ke dunia sebenar. Terima kasih UMK atas kesempatan ini.
Program Teknologi Bioindustri (SBT) Program ini mendedahkan pembelajaran yang menyeluruh mengenai aspek teknikal berkaitan bioindutri yang sangat membantu saya dalam mendapatkan kerja.
Program Teknologi Bioindustri (SBT) Program ini memberi peluang kepada saya menceburi bidang bisnes dengan aplikasi ilmu sains dan keusahawanan.
Program Teknologi Bioindustri (SBT) Kandungan program SBT mampu untuk memenuhi keperluan pelbagai bidang berkaitan sains.
Program Teknologi Bahan (SEB) I am prouded as a graduated materials technology degree holder in Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli. Materials technology is a course study the characteristic, properties, applications in different types of materials example in metals, polymers, composites, ceramics, advanced materials and etc. It is an interesting course for students to learn depth about materials especially in the raw materials for specific application of products. The course is fulfill the Malaysia industry need and provide excellent theory and practical. Technology today needs materials technology student to do research and improve the materials characteristic and its quality. It brings prosperity and advanced to our country. It is fun to do research as you can improve the properties of materials and I'm very enjoy these 4 years university life in UMK. I have practical in Khind-Mistal Industries Sdn. Bhd. during internship. I assigned as a production engineer assistant. I was learned all the process and installation about the fan products, wire moulding and electrical appliances. I also have the chance to learn and control robot pelletizing machine. It is a great opportunity to use the machine and can show to the CEOs and customers when they visit KHIND. For those technology lovers, welcome to join us as a materials technology developers and researchers.
Program Teknologi Bahan (SEB) Kos teknologi bahan terbahagi kepada 5 iaitu seramik, besi, biobahan, komposit dan polimer. Kesemua subjek tersebut berguna di industri kelak dan seriing dengan perkembangan teknologi sekarang
Program Teknologi Bahan (SEB) Walaupun saya menjalani latihan industri dalam bidang oleochemical, masih banyak perkara yang dapat saya kaitkan dari bidang teknologi bahan seperti subjek pencirian bahan memandangkan saya berada di bahagian Quality Control. Sepanjang di industri, kita akan berhadapan dengan banyak perkara baru dan luar silibus walau apa pun latar belakang akademik kita. Jadi untuk kebaikan kita, kita perlu sentiasa membaca dan menambah ilmu pengetahuan kita untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang lain tanpa rasa malu dan rendah diri.
Program Teknologi Bahan (SEB) AJSB is a steel manufacturing industry that produce metal products such as billets, wire rods and bars. So, it is important to have a knowledge about metallurgy. Furthermore, working at AJSB able to gain a new knowledge and experience every day in term of culture, working environment which is quite challenging especially at production site as well as the working¿s system which is very systematic in every aspect. So far all I can say is that, all the subjects that have learnt at UMK specifically in Materials Technology such as quality control, ceramic, nanotechnology, polymer, welding and many others are very useful to the industry. Moreover, it also can be as advantages to the student to apply those knowledges especially at the production site
Program Teknologi Bahan (SEB) Teori metalurgi merupakan salah satu cabang bagi sains bahan yang sememangnya dapat dipraktikkan melalui program ini. Malahan, pelajar juga dapat merasai pengalaman dalam aspek kerja sebenar ketika berada di industri. Ianya membantu dalam menghasilkan graduan yang holistik dari segi teori dan praktikal dalam mendepani alam pekerjaan kelak.
Program Teknologi Sumber Hutan (SEH) Ilmu dalam keusahawanan dan produk semulajadi termasuk jenis dan fungsi pelbagai tumbuhan herba yang saya perolehi dari program Teknologi Sumber Hutan membantu saya dalam menguruskan perniagaan saya.
Sebagai seorang pelajar, saya tahu bahawa kita belajar di UMK adalah satu pengalaman yang sangat bermakna. Bukan sahaja saya memperoleh ilmu dalam bidang pengajian saya, tetapi saya juga belajar tentang entrepreneurship, sikap berdikari dalam menguruskan perkara sendiri selepas datang ke UMK, membina keyakinan diri dengan menyertai pelbagai-bagai aktiviti UMK, dan menjalin persahabatan yang kekal dengan rakan-rakan saya hingga ke hari ini.
I am feeling proud to be graduate as a material technology degree holder. I have learned a lot during my semesters at universiti malaysia kelantan jeli campus with enjoying the greenery environment. I would like to thank all the lecturers and my friends who encouraged me to finish the degree throughout 4 years of an incredible journey.