FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
Universiti Malaysia Kelantan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mineral dengan Kepujian


Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Mineral dengan Kepujian (Bachelor of Minerals Technology with Honours) merupakan program berkaitan bidang sumber mineral (gabungan teknologi perlombongan dan pemprosesan mineral) pertama di Malaysia yang ditawarkan secara mod industri (3u1i). Penawaran secara mod industri mampu mendedahkan pelajar keadaan sebenar di alam pekerjaan/industri berasaskan sumber mineral. Penglibatan pelajar secara langsung dengan industri mineral turut dapat membantu untuk merealisasikan Dasar Mineral Negara 2, Pelan Transformasi Industri Mineral (TIM 2021 – 2030) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (PIPB 2030). Pelajar diperkenalkan dengan mendalam pengetahuan kesihatan, keselamatan dan pengurusan alam sekitar bagi industri sumber mineral, selaras dengan bidang tujahan Sustainable Development Goal (SDG). Antara bidang tujahan SDG yang berkait rapat adalah Good Health and Well-Being (No. 3), Clean Water and Sanitation (No. 6), Climate Action (No. 13) dan Responsible Consumption and Production (No. 12). Pelajar juga diperkenalkan dengan pengetahuan keusahawanan dan ekonomi dan pengurusan dalam sumber mineral yang membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran keusahawanan, selaras dengan matlamat untuk melahirkan graduan teknologis mineral bercirikan keusahawanan untuk kesejahteraan global. Projek Capstone ditawarkan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan projek berasaskan permasalahan industri dalam bidang sumber mineral. Penerapan makmal bersama teori diperkenalkan untuk memperkasakan pelajar selari dengan kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan menghasilkan graduan teknologis mineral yang berkemahiran teknikal. Pelajar juga didedahkan kepada ilmu pengaturcaraan komputer, sistem pemodelan dan simulasi dalam sumber mineral yang menglibatkan IoT seiring dengan Revolusi Industri 4.0 serta Revolusi Industri 5.0 pada masa hadapan.


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya
  • Teknologis/Eksekutif Lombong
  • Pegawai Geosains
  • Teknologis Kualiti Produk
  • Eksekutif Kawalan Kualiti
  • Eksekutif Ujian & Penilaian Mineral
  • Ahli Metalurgi
  • Ahli Kimia Analisis
  • Pegawai Penyelidik Mineral
  • Perunding Teknologi Mineral
  • Teknologis Pengeluaran
  • Pegawai/Eksekutif Alam Sekitar
  • Eksekutif Teknikal Jualan
Yuran Pengajian
Yuran Program Prasiswazah
Yuran Program Prasiswazah
Struktur Kurikulum
Curriculum Structure

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
4